Jam Solat Taqwim Promas di Premis Perniagaan

Semasa kami di Melaka baru-baru ini, ketika singgah mengisi minyak, kami ternampak jam azan Promas di dinding sebuah stesen minyak di Ayer Keroh Melaka. Ianya sesuatu yang bagus kerana menekankan kepentingan solat samada kepada pekerja mahupun pelanggan Muslim di premis perniagaan ini.  Ini mengingatkan kami keadaan yang sama ketika singgah makan di sebuah R&R di Utara Semenanjung di mana sebuah gerai makan turut memasang jam azan tersebut. Syabas kepada pengusaha-pengusaha tersebut.