JAM SOLAT TV MASJID

ISLAMIC INFORMATIVE MEDIA (IIM)
MEDIA MAKLUMAT ISLAMIK
Jam TV (Waktu Solat & Informasi)

 

 

 

 

INTEGRASI 4 PROGRAM DALAM 1 SISTEM


PENGENALAN 

Islamic Informative Media (IIM) atau Media Maklumat Islamik adalah sebuah produk terkini keluaran Perfect Time Solution. Ia direka khas sebagai kesinambungan kepada usaha “berpesan-pesan kepada kebaikan” dalam arus modenisasi dan globalisasi ini. Maklumat dihujung jari diaplikasikan dengan menjadikan produk IIM ini sebagai produk yang penting dan berkeutamaan tinggi untuk kegunaan masjid, surau atau mana-mana institusi.
 
Sistem ini adalah integrasi empat program iaitu;
1. Maklumat semasa
2. Sistem waktu solat
3. Waktu dunia (world clock)
4. Event countdown
yang digabungkan dalam sebuah sistem yang ringkas, menggunakan televisyen sebagai medium paparan.

Sistem ini juga memudahkan pengguna untuk menyampaikan maklumat semasa dan setempat. Penyampaian maklumat melalui kaedah ini dijangkakan akan memberikan lebih kesan dan mesra pengguna berbanding dengan kaedah yang sebelum ini digunakan.

 

RASIONAL PEMASANGAN 

1. Paparan waktu solat semasa (mengikut zon) dapat membantu para jemaah tempatan mahupun para pelawat untuk mengetahui waktu solat tempatan yang tepat, supaya dapat dijadikan panduan untuk menunaikan solat sepanjang masa.
 
2. Informasi (bergambar atau tidak) yang di paparkan akan memudahkan masyarakat untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid atau yang berlaku dalam masyarakat setempat.
 
3. Mendidik masyarakat setempat untuk menjadikan masjid sebagai pusat menyebarkan maklumat. Ia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat mendekatkan diri seterusnya mengimarahkan masjid. 


CIRI-CIRI AM ‘ISLAMIC INFORMATIVE MEDIA’ (IIM)  

1. Sistem ini memaparkan waktu semasa, waktu solat setempat, waktu iqamah, serta tarikh semasa menurut calendar masihi dan hijrah. Suatu ciri yang menarik pada produk ini ialah, nama masjid dan gambar masjid boleh juga dipaparkan pada paparan waktu solat tersebut. Sebagai nilai tambah kepada pembeli, maklumat seperti hadith ringkas atau peringatan kepada makmum di
paparkan sebagai “crawler”.


 

 
Jam Solat

 2. Terdapat paparan yang akan menunjukkan “world clock” yang memaparkan waktu beberapa bandar utama lain serata dunia yang merujuk kepada waktu di Makkah. Juga dipaparkan jarum jam bergerak mengikut pusingan tawaf.