Penghantaran Jam Taqwim Solat Digital ke Sandakan, Sabah

Baru-baru ini (akhir bulan Julai 2014) kami telah menerima pesanan tempahan Jam Taqwim Solat Digital untuk rumah kediaman dari Pn Asniah. Tempahan ini jauh datangnya iaitu dari Beluran, Sabah (difahamkan berhampiran Sandakan, Sabah)

Alhamdulillah, dengan perkhidmatan penghantaran melalui poslaju berserta pembungkusan yang baik, tempahan telah sampai dengan cepat dan selamat (dalam keadaan baik, tiada kerosakan) ke tangan Pn Asniah. Beliau sendiri memaklumkan hal ini kepada kami dan whatsappkan gambar jam taqwim solat digital yang diterimanya.


Jam taqwim solat digital untuk rumah selamat sampai ke Sandakan Sabah (lapisan plastik pada jam taqwim itu adalah untuk tujuan perlindungan paparan dan boleh dibuka selepas dipasang)