Penghantaran Jam Taqwim Solat Digital Promas Untuk Agensi Kerajaan

Pada akhir Mac 2017, satu tempahan dari agensi kerajaan negeri Perak telah berjaya kami penuhi. Ianya adalah bagi satu majlis yang dijalankan oleh agensi kerajaan tersebut. Terima kasih berbanyak atas kepercayaan yang diberikan. Selain agensi kerajaan/syarikat berkaitan kerajaan, kami sedia menerima tempahan dari syarikat korporat.

3 kotak Jam Taqwim Solat Digital untuk tempahan yang diterima. Setiap kotak memuatkan 5unit Jam Taqwim Solat Digital model DAF05

Jam Azan ke Lahad Datu, Sabah

Pada akhir Feb 2017, pihak kami menerima tempahan dari seorang pelanggan di Lahad Datu, Sabah yang ingin memasang jam azan Promas di  sebuah surau di sana. Alhamdulillah, pihak kami berjaya memenuhi hasrat beliau. Order yang menyeberangi Laut Cina Selatan telah selamat di terima dalam keadaan baik dan beliau menghantar gambar jam taqwim solat digital tersebut yang telah dipasang.

Jam taqwim solat digital promas di Lahad Datu, Sabah

Jam Taqwim Solat Digital Promas di Surau di Lambor Kanan, Perak DR

Terima kasih kepada AJK sebuah surau di Lambor Kanan, Perak Darul Ridzuan yang memberi kepercayaan kepada kami dengan membeli jam taqwim solat digital Promas pada akhir Mac 2017.

Satu lagi jam taqwim solat digital Promas model DAF06 bersaiz 27inci x 21inci dipasang di sana.


Penghantaran ke Sarikei, Sarawak

Pada awal Mac 2017, satu tempahan dari Sarikei Sarawak telah selamat sampai di sana dalam keadaan baik. Jam taqwim solat digital berjenama Promas atau bahasa ringkas ada yang panggil jam azan ini di pasang di sebuah bilik pendidikan Islam untuk sebuah sekolah agama di Sarikei.

Terima kasih kepada pihak sekolah di sana yang memberi kepercayaan kepada kami dalam urusan pembelian dan penghantaran jam azan ini.