Jam Taqwim Solat Digital Promas di Penempatan Orang Asli

Pada akhir Mac 2017, kami telah membekalkan sebuah jam taqwim solat digital model DAF05-1310 untuk sebuah sekolah di kawasan pendalaman berhampiran sempadan Perak-Kelantan. Pekan terdekat sini ialah Lasah, Sg Siput (U), Perak, di dalam daerah Kuala Kangsar. Sekolah ini adalah sekolah kebangsaan untuk anak-anak orang asli. Syukur syiar Islam sampai di sini. Ramai penduduk orang asli sini memeluk Islam dan di sesetengah penempatan, penghayatan Islam mereka sangat baik. Jam azan ini dipasang di bilik pendidikan Islam.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah tersebut atas kepercayaan yang diberikan ini.

Sekolah Kebangsaan RPS Legap untuk anak-anak Orang Asli


Jam azan Promas yang telah dipasang di sekolah tersebut