Penghantaran Jam Taqwim Solat Digital Promas Untuk Agensi Kerajaan

Pada akhir Mac 2017, satu tempahan dari agensi kerajaan negeri Perak telah berjaya kami penuhi. Ianya adalah bagi satu majlis yang dijalankan oleh agensi kerajaan tersebut. Terima kasih berbanyak atas kepercayaan yang diberikan. Selain agensi kerajaan/syarikat berkaitan kerajaan, kami sedia menerima tempahan dari syarikat korporat.

3 kotak Jam Taqwim Solat Digital untuk tempahan yang diterima. Setiap kotak memuatkan 5unit Jam Taqwim Solat Digital model DAF05

Jam Azan ke Lahad Datu, Sabah

Pada akhir Feb 2017, pihak kami menerima tempahan dari seorang pelanggan di Lahad Datu, Sabah yang ingin memasang jam azan Promas di  sebuah surau di sana. Alhamdulillah, pihak kami berjaya memenuhi hasrat beliau. Order yang menyeberangi Laut Cina Selatan telah selamat di terima dalam keadaan baik dan beliau menghantar gambar jam taqwim solat digital tersebut yang telah dipasang.

Jam taqwim solat digital promas di Lahad Datu, Sabah