Satu lagi penghantaran Jam Taqwim Solat untuk sebuah surau di Lahad Datu, Sabah

Pihak kami menerima sejumlah order yang signifikan dari Sabah. Baru-baru ini pada pertengahan Julai 2017, satu order lagi telah diterima dari sana.

Walaupun jam  azan surau ini bersaiz 27inci x 21inci (model DAF06 Promas), dengan pembungkusan yang baik ianya telah selamat sampai di sana dalam keadaan baik tanpa kerosakan.

Sebaik sahaja terima, pelanggan kami di sana memaklumkan bahawa jam taqwim solat tersebut sampai dengan baik dan beliau hantar gambar jam azan (gambar-gambar di bawah) yang telah dipasang di sebuah surau di sana. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.




Jam Taqwim Solat Digital Promas di Surau di Merlimau, Melaka

Beberapa hari sebelum 1 Syawal 1438H/2017M, kami telah menerima tempahan jam azan (Jam Taqwim Solat Digital Promas) model DAF06A dari Melaka.

Ianya adalah untuk surau di Taman Pahlawan Umbai, Merlimau, Melaka. Alhamdulillah ianya selamat sampai dan telah dipasang untuk kegunaan kariah di sana.